Jemaah Menteri diumumkan secepat mungkin

Foto FMT

Perdana Menteri, Anwar berkata, pembentukan Jemaah Menteri memerlukan perbincangan pelbagai pihak memandangkan ia melibatkan banyak parti.

“Kabinet akan diumum sesegera mungkin, sebab seperti mana saya sebut, (pembentukan kabinet) tidak seperti biasa.

“Kerajaan perpaduan ini melibatkan banyak parti, jadi sebelum membuat keputusan saya mesti dengar semua pandangan,” katanya kepada media.

Proses rundingan akan mengambil masa memandangkan Jemaah Menteri yang akan dibentuk lebih kecil berbanding pentadbiran lepas.

“Kalau dulu dia masuk sahajalah, 50 (menteri) okey, 60 okey, 70 okey, tak cukup pagi, ada jawatan duta khas, penasihat khas, jadi saya tak sanggup buat begitu,” katanya.

Beliau mengulas mengenai cadangan suapaya individu yang terlibat kes mahkamah tidak disenaraikan dan beliau menjawab bahawa individu itu hanya didapati bersalah setelah dijatuhi hukuman .

“Pandangan semua kita ambil kira dalam perbincangan, terapi seperti mana kita tahu dari segi undang-undang, hanya setelah ada hukuman (didapati bersalah), yang lain-lain itu akan diberi pertimbangan,” katanya.


Post a Comment

Previous Post Next Post