BN sokong undi percaya terhadap Anwar

Foto

Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan menyokong usul undi percaya terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 19 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.

Pengerusi BN berkata, BN akan menyokong usul undi percaya terhadap PM. Oleh itu, keabsahan perdana menteri dimuktamadkan dan pihak yang cuba mempertikaikannya akan senyap.

Melalui hantarannya di Facebook, “Walaupun ada pihak mengatakan ini langkah berisiko perdana menteri baharu, namun inilah proses demokrasi yang perlu dilalui.

“BN akan terus menyokong penuh sebagai tanda menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong bagi menyokong pembentukan kerajaan baharu ini."

Anwar mengangkat sumpah sebagai perdana menteri sekali gus menamatkan krisis politik selepas tiada parti mendapat majoriti mudah pada PRU15.

Anwar berkata beliau akan “menguji” majoriti yang dimilikinya dengan mencadangkan usul percaya di Dewan Rakyat.

Post a Comment

Previous Post Next Post