Sumber foto |
Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi tempoh dua minggu kepada Majlis Tindakan Sara Hidup Negara untuk meneliti dan memperincikan pelbagai isu berkaitan subsidi untuk rakyat.
Pemberian subsidi kepada rakyat harus dilaksanakan secara bersasar iaitu kepada golongan yang benar-benar memerlukan menikmatinya.
“Saya beri tempoh dua minggu untuk mencerakin, menyelusuri seluruh implikasi dan bincang dengan sektor swasta, pelabur supaya mereka faham subsidi tujuannya untuk meringankan beban rakyat miskin,” katanya pada sidang media.
Buat masa ini, ia turut dinikmati golongan kaya dan industri.
“Saya tidak ada masalah dengan subsidi untuk rakyat, (namun) subsidi harus bersasar, jika tidak harga minyak sebagai contoh, dimanfaatkan oleh golongan miskin dan kaya,” katanya.
Beliau mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara Tahun 2022 bersama jabatan dan agensi kerajaan bagi membincangkan isu kos sara hidup yang menekan rakyat.
Mesyuarat itu turut dihadiri Jabatan Perangkaan Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (Mafi) dan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA).
Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali, Gabenor Bank Negara Malaysia Nor Shamsiah Mohd Yunus tutr hadir dalam mesyuarat itu.
Sebelum itu. Anwar menegaskan isu kos sara hidup menjadi keutamaan kerajaan perpaduan pimpinannya demi mengurangkan beban rakyat.
Post a Comment