Berjaya Food Melihat Pertumbuhan Kukuh Starbucks, Kenny Rogers Roasters

Sumber foto

Dipetik daripada NST, Mercury Securities Sdn Bhd berkata Starbucks merancang untuk membuka antara 35 dan 40 premis baru pada tahun kewangan 2023 (FY23) dengan lebih banyak premis pandu lalu disasarkan di bandar dan di komuniti yang lebih kecil.

“Kami berpendapat pembukaan kedai baharu, yang merangkumi lebih banyak kedai pandu lalu, akan memberi petanda baik bagi Starbucks untuk menyediakan jangkauan dan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan, meluaskan lagi bahagian pasarannya di seluruh Malaysia dan meningkatkan keuntungan pada masa hadapan.

"Kami juga berpendapat bahawa permintaan pengguna untuk produk Starbucks boleh dipertingkatkan melalui program Starbucks Rewards yang dirombak di mana pengalaman pelanggan dipertingkatkan dengan menawarkan lebih banyak reka bentuk kad dengan faedah menarik untuk ahlinya," katanya.

Setakat ini, Starbucks telah mempunyai 356 premis di seluruh negara, 70 adalah premis pandu lalu.

Syarikat itu juga turut merancang untuk membuka antara 3 hingga 5 kedai Kenny Rogers Roasters (KRR) baharu pada tahun depan.

"KRR juga mengalami lantunan jualan selepas mempelbagaikan menunya dan mengurangkan pergantungan berat pada satu item kos, mencatatkan pendapatan RM71.5 juta pada FY22 (+29.3 peratus tahun ke tahun)," katanya.

Firma itu mengesyorkan 'Beli' pada BFood dengan harga sasaran RM1.22.

Sumber

Post a Comment

Previous Post Next Post