Politik: Hanya BN-Umno Mampu ‘beri nyawa kepada ekonomi’, kata Zaid

Sumber foto

Zaid Ibrahim menyeru Umno dan Barisan Nasional (BN) bekerja keras demi memastikan “kemenangan penuh” pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Beliau menjangkakan BN akan menang banyak kerusi terutamanya di Perak dan Selangor. “Pilihan raya ini akan menunjukkan peralihan sokongan besar kepada Umno dan BN daripada pengundi Melayu dan bukan Melayu di pinggir bandar dan kawasan bandar.”

Dalam ucapannya, “Rakyat tidak mahu kerajaan yang sibuk memeterai perjanjian politik, sama ada di Hotel Sheraton atau mana-mana hotel lain. Mereka mahu kerajaan yang boleh memberi nyawa kepada ekonomi,” 

“Selepas PRU14 pada 2018, ramai yang gembira Umno akhirnya tumbang. Mereka kata orang Melayu korup sudah dijatuhkan dan bercakap berhubung kelahiran semula negara.

Beliau melahirkan rasa kecewa apabila 4 tahun kebelakangan ini ekonomi negara merudum dan prestasi saham paling teruk di rantau ini. Tambahnya lagi, Pakatan Harapan (PH) telah memburukkan lagi keadaan dengan memotong subsidi yang memberi kesan kepada orang melayu.

Antara yang disebutkan ialah Aset Tabung Haji dan Khazanah dijual dan rizab Petronas menjunam.

Zaid kemudian membidas kepimpinan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin. Dalam kenyataannya, 

“Muhyiddin merupakan perdana menteri paling teruk yang pernah kita ada. Beliau terpaksa menutup Parlimen demi memastikan tiada sesiapa boleh mengemukakan undi tidak percaya. Akhirnya, beliau dijatuhkan, namun atas kos apa kepada negara?"

Menurutnya lagi, Malaysia telah mempunyai 3 perdana menteru tapi tiada kerajaan sebenar. 

“Akhirnya, kita boleh memilih kerajaan sebenar.”

Pihak pembangkang yang bertegas tidak mahu mengadakan pilihan raya dalam masa terdekat sebenarnya takut akan mengalami kekalahan teruk. 

“Mereka mula memberi alasan untuk menangguhkan pilihan raya.”

Beliau berkata, salah satu alasan (pembangkang) yang Umno mahu mengadakan pilihan raya umum supaya ia boleh mengambil alih kerajaan dan membebaskan Najib dari penjara.

“Najib tidak pernah meminta kerajaan membebaskan atau memberi pengampunan kepadanya. Beliau hanya mahu perbicaraan baharu, perbicaraan adil. Beliau layak mendapatnya.”

DS Najib berdepan beberapa kesukaran dalam kes mahkamah SRC International yang membawa kepada salah laksana keadilan. Katanya, “Beliau banyak kali dinafikan peluang mengemukakan keterangan yang boleh membebaskannya. Hakim perbicaraan yang berdepan konflik kepentingan enggan menarik diri.

“Najib juga dinafikan hak asasinya untuk diwakili peguam dan diberikan perbicaraan sewajarnya di Mahkamah Persekutuan.

Beliau menambah, DS Najib berhak mendapatkan perbicaraan baru. Ia adalah tanggungjawab kerajaan memberikan keadilan kepada semua.

“Sebaliknya, ketika berkuasa, pembangkang sering menyalahgunakan proses undang-undang demi manfaat mereka sendiri.

Zaid menamakan R Sivarasa, Hassan Karim, Thomas Su, Eric Paulsen dan Tamrin Ghafar Baba sebagai individu yang dibebaskan daripada pertuduhan jenayah atas arahan bekas peguam negara, Tommy Thomas.

Kata Zaid, pendedahan terbaharu menunjukkan bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad dan Thomas turut melantik hakim di peringkat tertinggi yang melanggar undang-undang sambil menegaskan istem keadilan negara sangat memerlukan pembaharuan.

Katanya, salah bagi peguam negara, yang merupakan penasihat undang-undang kerajaan, untuk turut bertindak sebagai pendakwa raya kerana dibimbangi menyalahgunakan kuasa demi kepentingan politik.

“Tindakan PH secara terang-terangan mengabaikan undang-undang sepatutnya meyakinkan pengundi bahawa mereka tidak akan melaksanakan pembaharuan yang diperlukan untuk sistem keadilan negara.

“Hanya Umno dan BN boleh dan akan melakukannya,” katanya sambil menambah Zahid berjanji akan memastikan pelaksanaan pembaharuan yang diperlukan.

Petikan daripada Free Malaysia Today

Post a Comment

Previous Post Next Post