PRU15: 'BN akan dedahkan manifesto yang akan meneliti kepentingan T20 juga' - Zahid

Sumber Foto

Dipetik daripada NST, Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan manifesto Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang akan menyentuh kepentingan kumpulan T20 selain M40 dan B40, kata Pengerusi BN  Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ia akan diteliti di bawah 10 kluster teras yang direka bentuk di bawah manifesto itu.

Beliau mengatakan elemen-elemen ini akan menjadi pengubah permainan untuk negara pada masa hadapan.

Katanya, “Terdapat 99 elemen di bawah manifesto ini dan kita akan menangani semua kumpulan pendapatan daripada B40, M40 dan tidak lupa, T20,”

Zahid yang memenangi kerusi Bagan Datuk pada PRU14 menegaskan, kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara akan kekal di bawah tumpuan BN.

“Kami mahu kebajikan rakyat menjadi keutamaan kami dan memastikan pertumbuhan ekonomi dalam menjangkakan kemelesetan ekonomi global.

“Oleh itu, kita perlu mengambil langkah proaktif untuk menentukan ia tidak membebankan rakyat.

“Kami mahu terus menarik pelabur asing untuk meningkatkan pelaburan langsung asing, pelaburan langsung domestik dan menarik pelabur melabur semula supaya kita akan mempunyai lebih banyak peluang pekerjaan,” katanya.

Menurutnya, dalam manifesto itu juga turut akan menyentuh mengenai pelajar dan bakal graduan supaya kadar pengangguran dapat dikurangkan di negara ini. 

"Kami akan menyediakan latihan peningkatan kemahiran kepada mereka yang baru menamatkan sekolah (pendidikan menengah) dan kepada mereka yang tidak dapat melanjutkan pelajaran serta lepasan menganggur. Ini akan kami ketengahkan dalam manifesto kami," katanya.

Beliau memaklumkan, 10 teras dan 99 elemen atau strategi itu hanya akan diketahui pada 7 Nov.

“Kita akan umumkan secara langsung, di platform media sosial kita dan salinan cetak manifesto ini juga akan diedarkan ke setiap pusat pengundian daerah di negara ini,” katanya.

Sumber

Post a Comment

Previous Post Next Post