Trending: Haji dan Umrah bukan untuk dijadikan konten - Dr Zul

Foto : Freepik

Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam kenyataannya di Facebook mengingatkan Jemaah Haji dan Umrah untuk tidak membuat rakaman video dan mengambil gambar mencium batu Hajarulaswad sekiranya hanya untuk membuat 'konten' sahaja. 

Dr Zul juga berkata, apabila berada di Baitullah, tiada perkara lain yang sempat difikirkan termasuklah membuat video untuk 'konten' melainkan hanya mengingati Allah.

"Sewajarnya di hadapan Baitullah, kita fikirkan dosa kita, keampunan daripada Allah, termasuklah doa-doa kepada-Nya. Dengan itu sahaja pun kita sudah cukup sibuk tanpa sempat memikirkan peluang untuk mencipta content!" katanya di Facebook.

Menurutnya, Tawaf adalah ibadah. begitu juga dengan mencium hajar aswad. Namun, mengingatkan bahawa ibadah tawaf adalah wajib manakala mencium hajar aswad itu hukumnya sunat. Bagaimana pun, jika mencium hajar aswad itu boleh mendatangkan mudarat sama ada pada diri dan orang lain, hukumnya boleh menjadi haram.

Beliau juga berkata, mengikut ulama' Syafi'iyyah, hukum asal bagi wanita untuk mencium hajar aswad adalah tidak disunatkan kecuali keadaan agak lengang.

Seperti agak kecewa dengan 'trend' semasa, beliau berkata adalah janggal apabila ibadah suci dan mulia dicemari hanya dengan telefon dan menjadikan ibadah suci hanya sekadar untuk meraih perhatian penonton. 

Beliau turut melampirkan sepotong ayat Al-Quran, Surah Al-An'am ayat 162, di hujung hantaran Facebooknya:

Ù‚ُÙ„ْ Ø¥ِÙ†َّ صَلاتِÙŠ ÙˆَÙ†ُسُÙƒِÙŠ ÙˆَÙ…َØ­ْÙŠَايَ ÙˆَÙ…َÙ…َاتِÙŠ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ رَبِّ الْعَالَÙ…ِينَ

‎Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. [Surah al-An’am: 162]


Post a Comment

Previous Post Next Post