Melihat kepada masalah trafik yang tak berkesudahan terutamanya di Tol Gombak dan Tol Karak, Ahli Parlimen, Tuan Ibrahim Tuan Man meminta pihak kerajaan untuk memansuhkan kedua-dua tol itu yang menjadi pintu masuk utama untuk ke Pantai Timur atau ke Kuala Lumpur.
Katanya, bagi meringankan beban pengguna jalan raya, dia menyarankan Tol Gombak dan Tol Karak itu dimansuhkan serta merta.
Dalam pada itu, dia juga meminta supaya pihak berkuasa sentiasa mengambil langkah yang berkesan untuk mengurangkan kesesakan jalan raya ketika pembaikan jalan sedang dilakukan.
"Sekembalinya dari Kota Bharu semalam, saya mengalami kerja-kerja pembaikan jalan raya di sebuah jambatan di Kemaman pada waktu puncak.
"Menampal sebahagian kecil boleh dilakukan di luar waktu trafik puncak.
"Kerajaan perlu memastikan kerja-kerja jalan raya dijadualkan bagi mengelakkan kesesakan yang tidak perlu," katanya yang dipetik daripada Sinar Harian.
Cadangan Tuan Ibrahim itu wajar disokong dan mendapat perhatian oleh kerajaan untuk meringankan beban rakyat yang menggunakan laluan itu terutamanya ketika musim perayaan, musim percutian dan hujung minggu.
Diharapkan akan ada lebih banyak lagi suara daripada pemimpin pembangkang untuk diketengahkan bagi menyelesaikan masalah rakyat. Bukan sekadar berpolitik sehingga masalah rakyat pun semakin terabai.
Post a Comment