Piala Asia Qatar 2023: Jordan ke final

 

Foto - FB AFC Asian Cup

Korea Selatan yang dijangka akan ke perlawanan akhir Piala Asia Qatar 2023 akhirnya tersungkur ditangan Jordan selepas pasukan itu tewas 0-2 di Stadium Ahmed bin Ali.

Pada perlawanan itu, kedua-dua pasukan menampilkan aksi permainan pantas namun, Korea Selatan lebih banyak mengawal permainan iaitu sekitar 70% dan lebih 80% hantaran tepat. 

Dari segi percubaan, Jordan melakukan 17 kali percubaan dengan 7 percubaan tepat berbanding Korea Selatan hanya 8 percubaan dan tiada percubaan tepat. 

Pada minit ke-53, Jordan akhirnya mendapat gol pertama hasil jaringan Yazan Al-Naimat hasil lorongan Musa Al-Taamari. 

13 minit selepas itu, Musa Al-Taamari pula menjaringkan gol kedua pada minit ke-66 selepas gerakan solonya berjaya melepasi beberapa pemain pertahanan Korea sebelum melepaskan rembatan ke pintu gol Korea Selatan. 

Korea Selatan cuba bangkit untuk baki permainan namun gagal mendapatkan sebarang gol sehingga wisel penamat dibunyikan sekali gus membenarkan Jordan melangkah ke perlawanan akhir buat pertama kali dalam sejarah Piala Asia. 

Keputusan penuh Jordan menang 2-0.

Sumber: AFC


Post a Comment

Previous Post Next Post