Foto - FB Asian Cup |
Seperti yang dijangka, Australia menjadi negara pertama yang layak ke peringkat suku akhir Piala Asia Qatar 2023 selepas mengalahkan Indonesia 4-0 di Stadium Jassim bin Hamad.
Australia memperoleh gol pertama pada minit ke-12 melalui jaringan sendiri peman Indonesia Elkan Baggot.
Indonesia juga turut melakukan serangan dengan percubaan Hubner dari luar petak penalti gagal menewaskan penajga gol Australia.
Pada masa tambahan separuh masa pertama, Australia menambah jaringan melalui tandukan Martin Boyle pada minit ke-45.
Keputusan kekal 2-0 sehingga tamat separuh masa pertama.
Pada babak kedua, perlawanan agak seimbang dan pada hujung perlawanan Australia menambah gol ketiga menerusi jaringan pemain gantian Craig Goodwin.
Dua minit selepas itu, giliran Harry Souttar pula menambah derita Indonesia selepas menanduk masuk hantaran Goodwin pada minit ke-90+1.
Keputusan penuh Australia menang 4-0. Australia akan ke suku akhir bertemua sama ada Korea Selatan atau Arab Saudi.
Post a Comment