Palestin: Hero kita Motaz Azaiza tinggalkan Palestin selepas lebih 100 hari serangan Israel

 

Foto - Motaz Azaiza / Arab News

Wartawan Palestin, Motaz Azaiza selamat tiba di Doha selepas meninggalkan Gaza pada hari Selasa. Beliau yang banyak mendokumentasikan realiti harian pencerobohan israel di Palestin menerima populariti terbesar dengan lebih 18 juta pengikut di Instagram sejak perang. 

Beliau menzahirkan rasa sedih di media sosialnya dengan berat hati berkata bahawa ini adalah kali terkahir beliau memakai jaket media kerana akan berpindah dan bertekad akan kembali semula untuk membantu memulihkan Gaza. 

"Ini adalah kali terakhir anda akan melihat saya dengan jaket (akhbar) yang berat dan busuk ini. Saya memutuskan untuk berpindah hari ini.. Mudah-mudahan tidak lama lagi saya akan bangkit semula dan membantu membina Gaza semula." katanya.

Motaz Azaiza turut membayangkan sebab perpindahannya termasuk secara terbuka memberitahu bahawa beliau menerima ancaman bunuh dan dakwaan menerima tawaran daripada israel untuk menghentikan segala bentuk penyampaian berita mengenai pencerobohan israel di Gaza. 

Beliau dibawa keluar melalui sempadan Mesir ke Lapangan Terbang El-Arish, Mesir dan menaiki kapal terbang tentera Qatar.

Motaz juga memberitahu bahawa itu adalah kali pertama beliau menaiki kapal terbang.

Motaz salah seorang wartawan yang memainkan peranan yang besar dalam menyampaikan berita dan situasi yang berlaku di Palestin setiap hari sejak perang. Satu dunia dapat melihat kejahatan israel menerusi laporan demi laporan yang disampaikan oleh kumpulan wartawan termasuk Wael Dahdouh yang turut kehilangan ahli keluarganya. 

Walaubagaimana pun, masih ada lagi 'hero' kita yang masih berada di Gaza untuk menyampaikan laporan dari semasa ke semasa seperti Bisan Owda yang berusia 25 tahun dan adik Lama Jamous yang berusia 9 tahun. Selain itu, kita juga akan terus mendapat liputan dari penduduk Palestin yang lainnya yang sama-sama berusaha menyampaikan mesej tentang apa yang berlaku di sana setiap hari. 

Terima kasih kepada Motaz Azaiza dan rakan-rakan medianya yang lain. Terima kasih juga kepada penduduk dan rakyat Palestin yang berusaha menyampaikan maklumat terkini melalui media sosial seperti TikTok. Jika tiada maklumat penting seperti yang diusahakan mereka untuk kita, mungkin kita masih ditipu dengan media pro israel. Kita juga mungkin tidak akan mengetahui perkembangan dan apa yang sebenarnya berlaku pada ketika ini. Semoga satu hari nanti, kita sama-sama dapat menghulurkan bantuan kepada mereka di sana. 

Apapun, kita doakan agar rakyat Palestin diberi perlindungan. Doakan wartawan dan penyampai-penyampai maklumat sentiasa dilindungi. Doakan kesejahteraan dan keselamatan  kepada semua yang mendokong perjuangan Palestin. 




Post a Comment

Previous Post Next Post