Banjir: 4 Jajahan di Kelantan dijangka terjejas

 

Foto - Sinar

Pasir Mas, Gua Musang, Pasir Puteh dan Kuala Krai dilaporkan akan mengalami bencana banjir sekali lagi bermula hari ini 25 Januari 2024. 

Amaran banjir dikeluarkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berikutan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk telah dikeluarkan oleh MetMalaysia.

"Jajahan Pasir Puteh dijangka mengalami banjir adalah kawasan rendah dalam lingkungan lima kilometer di sekitar Kampung Bukit Awang, Kg. Gong Chokoh, Kg. Gong Sepulih dan Kg. Gong Pasir.

Dalam kenyataan itu juga memaklumkan bahawa Gua Musang juga akan menerima banjir terutamanya kawasan rendah dalam lingkungan 5 kilometer iaitu Kg. Kesedar Lebir, Felda Aring 5, Kg. batu papan 2, Kg. Paloh 3 dan Felda Chiku 3. 

Jajahan Kuala Krai pula melibatkan kawasan seperti Kg. Kuala Nal, Kg. Bedal, Kg. Aur Duri, Kg. Batu Lada, Kg. Manek Urai, Kg. Masek, Kg. temiang, Kg. Manjor, Kg. Budi, Kg. Pasir Jering dan Kg. Kebun Pisang.

Di Jajahan Pasir Mas pula melibatkan kawasan kampung seperti Kg. Bujuk, Tok Uban, Chasi dan Kg. Baru. - BERNAMA


Post a Comment

Previous Post Next Post