Foto - AlJazeera |
Pemimpin Hamas yang berpusat di Qatar, Ismail Haniyeh, tiba di Kaherah pada hari Rabu untuk perbincangan mengenai gencatan senjata dalam perang kumpulan itu dengan israel di Gaza dan pertukaran tawanan.
Haniyeh tiba "di ibu negara Mesir, Kaherah, untuk mengadakan perbincangan dengan pegawai Mesir mengenai perkembangan keganasan rezim zionis (israel) di Jalur Gaza dan perkara lain," kata kumpulan itu dalam satu kenyataan.
Haniyeh, sebelum itu telah bertemu di Doha dengan Menteri Luar Iran, Hossein Amir-Abdollahian, walaupun butiran lanjut mengenai pertemuan itu tidak diketahui.
Sumber yang rapat dengan kumpulan dari Palestin itu mengatakan pada hari Selasa bahawa Haniyeh akan memimpin "delegasi" Hamas yang tinggi ke Mesir, di mana dia dijadualkan mengadakan perbincangan dengan Ketua Perisikan Mesir Abbas Kamel dan yang lain.
Dilaporkan bahawa perbincangan itu akan menyentuh "menghentikan keganasan dan perang untuk menyediakan perjanjian pembebasan tawanan (dan) mengakhiri pengepungan yang dikenakan ke atas Jalur Gaza," kata sumber itu dengan syarat namanya dirahsiakan kerana beliau tidak dibenarkan untuk berbual tentang lawatan itu.
Sumber yang rapat dengan kumpulan Jihad Islam, yang berjuang bersama Hamas di Gaza, mengatakan pemimpin kumpulan itu, Ziad Nakhaleh, juga dijangka tiba di Kaherah pada awal minggu depan untuk satu perbincangan.
Kedua-dua kumpulan itu telah memuat naik video pada awal minggu ini yang menunjukkan apa yang mereka dakwa sebagai tebusan yang masih ditahan di Gaza merayu kepada israel untuk menjamin pembebasan mereka.
Semasa gencatan senjata selama seminggu pada akhir bulan lalu yang dicadangkan oleh Qatar dengan bantuan Mesir dan Amerika Syarikat, sebanyak 80 tebusan israel telah dibebaskan sebagai pertukaran untuk 240 warga Palestin yang ditahan di penjara israel. - Arab News
Post a Comment