Hari-hari aku follow kes adik Zayn Rayyan sejak adik Zayn hilang. Sampailah masa maknya kongsi video kenangan diorang yang dalam video tu ada adik Zayn tengah main buaian, main dekat playground dengan happy.
Bila aku tengok video tu, aku tak sedar, rupanya air mata aku jatuh berjurai-jurai. Aku tak pernah rasa sebak, rasa sedih yang amat sangat sampai macam tu sekali.
Aku memang tengok video tu sampai habis, dan aku pun tengok gambar-gambar kenangan keluarga mangsa dengan adik Zayn yang maknya pernah kongsi dekat media sosial. Setiap kali aku tengok video adik Zayn dengan family dia, aku rasa sebak betul. Masa aku tulis blog ni pun, aku tak dapat nak tahan air mata aku. Terus teranglah, aku tak boleh nak move on.
Jadi, disebabkan tu, aku tak akan teruskan follow kes adik Zayn dan tak akan kongsi berita tentang kes adik Zayn lagi untuk sementara waktu. (Walaupun aku tahu blog aku ni tak ramai yang datang baca.)
Kalau ada orang post pasal adik Zayn, aku tengok tajuk dia dulu. Kalau dah jumpa pelakunya baru aku akan baca.
Sebenarnya, ada banyak lagi aku nak ulas pasal adik Zayn. Tapi, aku tak tahula kenapa, tiap kali aku nak ulas je, aku rasa sedih sangat. Jadi, aku tak ulaslah. Kang 'banjir' lagi. Aku betul-betul tak kuatla nak ulas berita adik Zayn. Nak tengok gambar persekitaran perumahan adik Zayn pun aku tak boleh.
Setakat ni, ada dua berita buat aku sedih gila sejak dua menjak ni. Pertama, saudara mara kita kat Palestin. Kedua, kes adik Zayn Rayyan.
Apapun, aku ucapkan takziah kepada keluarga adik Zayn Rayyan. Semoga keluarga adik Zayn dipermudahkan urusan, dan semoga si pelaku dapat dijumpai.
- zzmy
Post a Comment