Banjir: Beberapa kampung di Kuala Krai terputus hubungan

 

Foto - JBPM

Hujan lebat yang berterusan sejak semalam telah menyebabkan beberapa laluan dan rumah dinaiki air di sekitar Kampung Kuala Krai, Kelantan. 

Menurut laporan, penduduk didapati tidak berani untuk merentasi laluan di kampung mereka kerana arus deras dan bimbang akan keselamatan diri. 

Salah seorang penduduk memberitahu bahawa rumahnya telah dinaiki air hingga paras paha sekitar jam 6 pagi dan terpaksa memindahkan barangan ke tempat yang lebih tinggi. 

Keadaan banjir itu turut menjejaskan aktiviti perniagaan dan urusan untuk ke tempat kerja. Ada yang terpaksa pulang awal untuk membuat persediaan menghadapi banjir.

Menurut JKM, seramai 304 orang dari 83 keluarga telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Kuala Krai dan Tanah Merah.

Setakat ini, 3 sungai utama berada pada paras amaran iaitu Sungai Nal, Kuala Krai (24 meter), Sungai Kelantan, Kg. Temangan (15.5 meter) dan Sungai Lanas, Jeli (29 meter). - BERNAMA

Post a Comment

Previous Post Next Post