Banjir: Jumlah mangsa di Selangor, Perak meningkat

 

Foto - Bernama

Jumlah mangsa banjir di Selangor dan Perak telah mencatatkan peningkatan kepada 1,108 orang yang telah ditempatkan di 13 buah pusat pemindahan banjir. 

Banjir di Selangor meningkat dari 722 orang kepada 768 orang yang melibatkan 196 buah keluarga. Kawasan yang terlibat ialah Hulu Langat, Petaling, Kuala Langat dan Sepang.

Di Perak pula mencatatkan sekitar 340 orang mangsa dari 99 buah keluarga. Kesemua mangsa adalah dari Hilir Perak dan daerah Kerian.

Pihak JPS memaklumkan bahawa Sungai Bidor di Changkat Jong berada pada paras bahaya. Manakala Sungai Kinta dan Sungai Slim River pada paras berjaga-jaga. 

JKR pula memaklumkan, jalan Selama di Kerian masih di tutup kerana tanah runtuh. Pengguna jalan raya boleh menggunakan Jalan Alor Pongsu-Bukit Merah sebagai alternatif. - BERNAMA

Post a Comment

Previous Post Next Post