Ahli Parlimen Gua Musang dari Bersatu pula Menyokong Kepimpinan DS Anwar

 

Sumber-FB MP Gua Musang

Seorang lagi Ahli Parlimen dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dari Gua Musang telah menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim, merupakan ahli Parlimen ketiga dari Bersatu yang menyatakan sokongannya kepada kerajaan perpaduan. Keputusannya dibuat selepas mengkaji dan mendengar pembentangan Bajet 2024 oleh Anwar yang bertujuan untuk memudahkan pemulihan ekonomi dan mengurangkan beban kewangan rakyat.

"Saya menyatakan sokongan penuh saya kepada kepemimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, bermula dari tarikh penyataan media ini.

"Keputusan saya ini dibuat untuk memastikan kesejahteraan dan kepentingan rakyat di kawasan pilihan saya, termasuk peningkatan infrastruktur dan kemudahan yang telah saya permohonkan untuk kawasan pilihan saya sepanjang tempoh perkhidmatan saya," katanya dalam satu kenyataan. 

Selain itu, dia turut menyatakan sokongannya terhadap inisiatif kerajaan dalam menitikberatkan kesejahteraan rakyat akan berterusan sehingga pilihan raya umum seterusnya.

Dia berkata bahawa dia tidak berniat untuk meninggalkan atau mengkhianati Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Namun, bagi memastikan pembangunan di kawasan Gua Musang selaras dengan kerajaan persekutuan, dia mengambil keputusan untuk bersama dengan kepemimpinan di Putrajaya yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid dan Ahli Parlimen Labuan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman, dari Bersatu, telah menyatakan sokongan terhadap DS Anwar, dengan alasan bahawa mereka berbuat demikian untuk mendapatkan peruntukan tambahan bagi kawasan pilihan mereka.

Setiausaha Agung Bersatu, sebelum ini mengumumkan bahawa Suhaili dan Iskandar Dzulkarnain telah digantung dari parti selama empat dan enam tahun oleh lembaga disiplin parti.

Post a Comment

Previous Post Next Post