Foto - BERNAMA |
Sabah FC berjaya menewaskan Hai Phong FC 4-1 dalam persaingan peringkat Kumpulan H, Piala AFC 2023, malam tadi, di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah.
Dengan kemenangan iti, Sabah FC merampas kedudukan teratas dengan 9 mata.
Sabah FC terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-19 menerusi rembatan Daniel Ting. Pada minit ke-33, Darren Lok menambah jaringan kepada pasukan Sabah FC, yang nenanduk masuk selepas menerima hantaran sepakan percuma Saddul Ramdani.
Selepas 25 minit separuh masa kedua bermula, Sabah FC menambah gol ketiga melalui jaringan Gabriel Peres pada minit ke-70.
Hai Phong cuba merapatkan kedudukan dengan memperolehi gol pertama pada minit ke-84, hasil jaringan Yuri Souza.
Seterusnya, Sabah FC terus menambah gol keempat, apa ila Jafri Firdaus Chew menjaringkan gol pada masa kecederaan.
Dengan kemenangan itu, Sabah FC menduduki tangga teras dengan 9 mata. Hai Phong dan PSM Makassar berkongsi 6 mata dan Hougang United 3 mata.
Sabah FC akan bertemu Hougang United pada 30 November 2023.
Post a Comment