Foto |
Timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi, yang menghadapi 47 pertuduhan rasuah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, kini boleh pergi ke luar negara tanpa kebenaran mahkamah.
Ini susulan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan presiden Umno itu menyimpan pasport peribadi dan diplomatik bersamanya secara kekal.
Panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Hakim Hanipah Farikullah membenarkan permohonan Zahid selepas mahkamah berkata ia berpuas hati bahawa ia mempunyai bidang kuasa untuk mendengar perkara itu.
"Permohonan untuk mengeluarkan pasport kepadanya dibenarkan," katanya.
Timbalan pendakwa raya Abdul Malik Ayob memberitahu mahkamah dia mempunyai arahan untuk tidak membantah permohonan itu.
- FMT
Post a Comment