Telur: Premis kekurangan bekalan dikenal pasti di Selangor

Foto

Ops Terjah yang dijalankan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor sejak 17 Disember lalu mengenalpasti sebanyak 40 premis jualan di negeri ini dikenal pasti mengalami kekurangan bekalan telur menerusi 

Pengarah KPDN Selangor, Mohd Zuhairi Mat Radey berkata, semua premis itu melibatkan beberapa kawasan di negeri ini.

Menurutnya, pemeriksaan melibatkan pasar awam, pasar mini, kedai runcit, gerai penjaja kecil dan kedai makan.

"Ops Terjah yang dijalankan melibatkan sebanyak 110 premis di beberapa Parlimen di negeri ini. Bagi pemeriksaan melibatkan bekalan telur mendapati 40 daripadanya kurang bekalan.

"Pemeriksaan turut melibatkan bekalan minyak masak mendapati sebanyak 83 premis ada bekalan, 26 premis kurang bekalan dan satu premis tiada bekalan serta pemeriksaan bekalan ayam mendapati tiga premis kurang bekalan," Katanya.

Katanya, kaedah lampu isyarat diguna pakai bagi memantau bekalan barangan keperluan asas mencukupi di pasaran terutamanya menjelang Krismas ini.

"Kaedah lampu isyarat ini menggunakan kod warna hijau, kuning dan merah bagi mengenal pasti keberadaan bekalan keperluan di sesuatu lokaliti atau premis

"Bagi kawasan hijau melibatkan kawasan yang bekalannya mencukupi, kawasan kuning kurang bekalan dan kawasan merah tiada bekalan," katanya.

Menurutnya, pemeriksaan dilaksanakan secara mengejut dijalankan bagi melihat sendiri keberadaan bekalan dan kedudukan harga runcit barang keperluan asas.

"Pemeriksaan melibatkan bekalan barang-barang yang menjadi tumpuan pengguna Selangor seperti gula, minyak masak, tepung gandum, beras, barang basah (termasuk ayam dan telur ayam) dan barang untuk membuat kuih-muih.

"Susulan daripada pemeriksaan, kami akan mengenal pasti isu sebenar gangguan bekalan keperluan asas ini, dan kita akan dapat menilai secara terperinci sebelum sesuatu tindakan diambil untuk mengatasinya," katanya.

Katanya, punca sebenar kekurangan bekalan barang keperluan asas tersebut adalah disebabkan permintaan yang tinggi pengguna di sesuatu lokaliti.

"Saya menasihatkan pengguna untuk membeli dengan bijak sesuatu barangan mengikut keperluan mereka dan tidak membuat pembelian panik.

"KPDN Selangor juga akan mempertingkatkan keberadaan anggota di lokasi yang menjadi tumpuan pengguna bagi mewujudkan persekitaran perniagaan dan beli-belah yang selamat dan beretika," Katanya.


Post a Comment

Previous Post Next Post