SPRM: Rafizi tarik balik ‘ugutan’

Foto

Rafizi Ramli menarik balik ugutannya terhadap Azam Baki jika Pakatan Harapan (PH) berkuasa pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Katanya seperti dalam laporan Malay Mail, "Saya tidak fikir itu apa yang sebenarnya saya katakan." Menurutnya, kenyataan itu adalah untuk“menyedapkan ucapan politiknya”. Apa yang dimaksudnya keutamaan kerajaan baru adalah melaksanakan semua perkara secara bebas dan selari undang-undang, dan bukan semata-mata bagi Azam Baki atau sesiapa yang lain, bahkan dirinya sendiri.

Rafizi, ketika menjelang PRU15 yang lalu, 'mengutuk' tindakan yang diambil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas Invoke Solutions, sebuah syarikat berkait PKR yang diterajuinya.

Dalam kenyataannya ketika itu, kerajaan PH akan "mencari" Azam jika memenangi PRU15.

"Sabtu kita mengundi, lepas menang pilihan raya kami cari Azam Baki, insya Allah," katanya dalam ceramah kempen PRU15 di Johor Bahru.

Sumber

Post a Comment

Previous Post Next Post