Anwar jadi menteri kewangan untuk elak konflik - Rafizi

Foto

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Rafizi Ramli berkata, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengambil alih portfolio kewangan disebabkan keadaan luar biasa.

Rafizi Ramli dalam kenyataannya berkata, Anwar mengambil peranan sebagai Menteri Kewangan itu adalah bagi mengelak konflik antara gabungan dan parti yang membentuk kerajaan perpaduan.

“Tiada parti dapat majoriti untuk bentuk kerajaan, tetapi pada masa yang sama, kita perlu kepimpinan yang kuat untuk ekonomi,” kata Rafizi.

“Kita juga tahu bahawa setiap parti komponen dalam kerajaan perpaduan mahu jawatan menteri kewangan, jadi buat masa ini, masuk akal bagi perdana menteri pegang jawatan itu untuk elak konflik.”


Post a Comment

Previous Post Next Post