Semasa: Wanita maut kereta bertembung di Kluang

Sumber foto

Seorang wanita maut selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah kenderaan di Jalan Kahang Barat dekat sini pada Ahad, lapor Sinar Harian. 

Norsahida Rahman, 42, beralamat di Felda Kahang Barat maut di tempat kejadian. Beliau yang memandu Produa Kancil mengalami kecederaan teruk manakala dua lagi mangsa termasuk seorang warga emas turut cedera dalam kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Kluang berkata, kejadian berlaku pada jam 1.42 petang itu melibatkan kereta Perodua Kancil dan Proton Wira.

"Hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati Proton Wira dari arah Felda Kahang Barat menghala ke Jalan Padang Tembak, manakala Perodua Kancil dari arah bertentangan.

"Apabila sampai di tempat kejadian, Perodua Kancil disyaki telah hilang kawalan dan masuk laluan Proton Wira lalu bertembung," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Sumber

Post a Comment

Previous Post Next Post