Banjir: Mangsa banjir ditempatkan di dua PPS di Sepang

Sumber foto

Dipetik daripada Sinar Harian, seramai 119 mangsa banjir daripada 28 keluarga telah dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang melibatkan kawasan Dengkil dekat sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah (IPD) Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, dua PPS itu ialah Dewan Orang Ramai Dengkil dan Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Dengkil.

"Seramai 19 mangsa daripada lima keluarga ditempatkan di Dewan Orang Ramai Dengkil manakala 100 individu lagi daripada 25 keluarga di Dewan SJKC Dengkil," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Menurutnya, pemantauan banjir kini dijalankan melibatkan Kampung Sri Tanjung dan Puspen Kota Warisan.

Pada Selasa lepas, hujan lebat melanda beberapa kawasan seperti Taman Meru Jaya, Klang; Kampung Ahmad Razali, Dengkil dan Kota Warisan, Sepang hingga mengakibatkan banjir kilat.

Sumber

Post a Comment

Previous Post Next Post