Majlis Pemulihan Negara (MPN) Dibatalkan - PM

foto

Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

“Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra.

MPN ditubuhkan pada 21 Jul 2021 selepas mendapat persetujuan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri melalui Memorandum Jemaah Menteri kepada Kementerian Kewangan, kata menteri kewangan ketika itu, Tengku Zafrul Aziz.

Kaanya, MPN yang dipengerusikan bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin, tidak mempunyai kuasa eksekutif dan hanya bertindak sebagai badan penasihat kepada kerajaan.

Dalam pada itu, Anwar juga sedang meneliti untuk membubarkan Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) memandangkan ada banyak badan seumpamanya, selain ada pertindihan bidang kuasa.

“Apa yang penting pusat GIACC ini prinsipnya itu diterima, tapi tidak boleh terlalu banyak seperti mana saya lakukan dengan ketua setiausaha negara (KSN), malah tugas perdana menteri juga malah banyak yang telah saya lepaskan supaya dipertanggungjawab kepada timbalan perdana menteri.

Bagaimanapun, beliau berkata, mana-mana agensi kerajaan yang boleh digabungkan akan digabungkan sebagai mengelak pertindihan peranan.

Post a Comment

Previous Post Next Post