Kerajaan akan meneruskan projek tebatan banjir yang telah diluluskan

Foto

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan itu adalah tanda komitmen kerajaan yang menjadikan kepentingan rakyat sebagai keutamaan. Merujuk kepada laporan Sinar Harian. 

"Kita bukan sekadar mengkaji, sebaliknya mahu melaksanakan segera berdasarkan kepada peruntukan yang telah disediakan kementerian kewangan," katanya semasa sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Gual To'Deh di sini pada Khamis.

Katanya, pada 19 Disember ini sidang Parlimen khas untuk meluluskan emolumen dan juga perbelanjaan projek yang sedang berjalan serta akan dibayar oleh kementerian kewangan.

Ujarnya, pembentangan belanjawan akan dilakukan selepas Titah Diraja pembukaan sidang Parlimen Penggal Ke-15 pada Februari nanti.

Menurut DS Ahmad Zahid Hamidi, kerja-kerja baik pulih rumah yang telah diumumkan oleh kerajaan sebelum ini akan diteruskan seperti biasa mengikut kelulusan sebelum ini.


Post a Comment

Previous Post Next Post