Foto |
Banjir di Kelantan yang melibatkan daerah di Rantau Panjang dan Pasir Mas belum berada pada tahap yang serius. Berikut apa yang dikatakan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang mengatakan banjir tersebut adalah bah biasa akibat hujan.
“Banjir ketika ini baru peringkat awal akibat hujan. Apabila hujan berhenti, banjir akan surut.
“Banjir yang betul-betul serius apabila air datang dari hulu yang dipanggil hujan hulu,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Exco di Kota Darul Naim di sini pada Rabu.
Menurutnya, utugas menghadapi banjir dilaksanakan seperti biasa oleh anggota keselamatan.
“Langkah mengenal pasti lokasi-lokasi pangkalan hadapan itu sudah dilakukan lebih awal pada Oktober lalu.
“Barangan makanan kepada mangsa banjir sudah tersedia melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selain persiapan menyelamat seperti bot juga bergerak apabila banjir,” katanya.
Berkenaan dengan bantuan kewangan kepada mangsa banjir pula akan diputuskan oleh Kerajaan Persekutuan kerana banjir di bawah tanggungjawab Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Kelantan merekodkan serami 2014 mangsa banjir daripada 634 keluarga yang telah dipindahkan ke tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah tersebut pada Rabu.
Post a Comment