PRU15: Sekitar 118,000 Anggota Polis Mengundi Pada PRU15

IMEJ

Jumlah keseluruhan anggota polis yang akan mengundi awal ialah sekitar 118,000. Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah berkata, di Bukit Aman seramai 6,423 anggota akan mengundi awal dan 1,511 lagi sebagai pengundi pos bagi Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15).

“Seperti semakan di 970 saluran di 661 pusat mengundi, pemerhati menyatakan pengundian awal hari ini adalah yang paling sistematik dan berjalan lancar,” katanya. 

Dua pusat mengundi dibuka pada jam 8 pagi dengan 15 saluran sehingga jam 5 petang. 

Acryl Sani juga berkata mereka menjangkakan pengguna jalan raya akan terus meningkat seawal hari Khamis sambil mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati. Dalam masa yang sama, polis akan meningkatkan anggotanya memandangkan peningkatan trafik yang dijangkakan kerana pulang mengundi. 

“Mari kita lakukan bahagian kita untuk meminimumkan kejadian tidak diingini seperti kemalangan ketika hendak balik.

"Keluarlah untuk mengundi, keselamatan anda adalah tanggungjawab kami," tambahnya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa jumlah kes vandalisme ke atas poster dan kain rentang calon adalah lebih kecil berbanding pilihan raya sebelum ini.

Sungguhpun begitu, beliau memberi jaminan bahawa polis akan menjalankan siasatan secara adil dan teliti terhadap kes yang dilaporkan.

Sumber


Post a Comment

Previous Post Next Post