IMEJ VIA FMT |
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan 18 dan 19 November 2022 iaitu Jumaat dan Sabtu sebagai cuti umum.
“Kerajaan memutuskan Jumaat dan Sabtu adalah cuti umum bagi memudahkan pengundi,” kata DS Ismail Sabri Yaakob.
Cuepacs sebelum ini mencadangkan supaya kerajaan memberikan cuti pada 18 November 2022 sebagai hari kelepasan am bagi membolehkan rakyat Malaysia turun mengundi di lokasi yang ditetapkan pada hari pengundian. Malaysia akan keluar mengundi pada hari Sabtu. Pengundian awal ditetapkan 15 November 2022.
Dalam pada itu, tol percuma diberikan pada hari pelepasan tersebut selain gaji penjawat awam (17 November) dan pencen dipercepatkan (14 November).
Post a Comment