Politik: BN dilihat tidak menyertai mana-mana gabungan

Foto via

Kepimpinan BN menyatakan kesediaan gabungan itu untuk kekal sebagai pembangkang dan tidak akan menyertai mana-mana pakatan sama ada Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN).

Dengan secara tidak dijangka bahawa BN akan menjadi kingmaker, gabungan itu membuat keputusan untuk tidak menyertai gabungan lain untuk membentuk kerajaan. 

Perbincangan pimpinan BN bersambung sehingga pagi Selasa, difahamkan BN lebih cenderung untuk tidak bergabung. 

Tok Mat atau Datuk Seri Mohamad Hasan menyatakan PH dan PN yang sepatutnya pertimbang untuk bergabung manakala BN bersedia sebagai pembangkang. 

Katanya, BN akan membuat checks and balances dan menjadi pembangkang yang bertanggungjawab. 

Datuk Armand Azha Abu Hanifah juga dilaporkan mempunyai pandangan yang sama yang mana mereka menerima keputusan rakyat yang tidak mahu BN berada dalam kerajaan. 

Akar umbi juga tidak setuju dengan gabungan itu selepas kritikan terhadap BN berterusan. 

Menurut pimpinan BN, pakatan dalam kempen mereka sering menyatakan, 1 undi BN adalah 1 undi untuk DS Ahmad Zahid Hamidi. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. 

DS Zahid telah menerima tekanan yang kuat untuk meletak jawatan dan bertanggungjawab ke atas kekalahan BN pada PRU ke 15 yang lalu. 

Kepimpinan UMNO juga mengatakan adalah sukar bagi BN untuk bekerjasama dengan DAP. 

Pimpinan bukan melayu BN juga mengatakan mereka akan 'lemas' jika bergabung dengan DAP, begitu juga kerjasama dengan PAS yang dilihat tidak akan berjaya. 

Pemimpin BN juga berkata mereka bersedia untuk merangka perjanjian Confidense and Supply (CSA) dengan mana-mana kerajaan minoriti bagi memastikan negara kekal stabil. 

CSA ialah apabila keadaan politik dalam parlimen tergantung di mana parti pembangkang bersetuju untuk tidak mengundi menentang kerajaan minoriti untuk meluluskan undi percaya atau belanjawan. 









Post a Comment

Previous Post Next Post