Piala Dunia 2022: Pemain Perancis Yang Tidak Dapat Menyertai Piala Dunia 2022 Qatar

Sumber foto

Kecederaan merupakan masalah yang paling memberi kesan apabila menjelang Piala Dunia FIFA 2022, apatah lagi jadual yang padat dan melelahkan. Salah satu pasukan Paial Dunia yang sangat terkesan yang paling banyak ialah pasukan Perancis dengan beberapa nama hebat telah diketepikan. Antaranya adalah seperti berikut.

N'Golo Kante

Boleh dikatakan pemain paling penting untuk diketepikan untuk Perancis ialah pemain tengah Chelsea, N'Golo Kante.

Dia hanya bermain dua perlawanan pada bulan Ogos sebelum tewas akibat kecederaan hamstring yang menyebabkan dia tidak dapat bermain untuk kelab dan negaranya. Dia perlu menjalani pembedahan pada bulan Oktober yang akan mengetepikan dia untuk beraksi selama empat bulan.

Satu kerugian besar bagi Perancis kerana mereka kehilangan salah seorang pemain tengah terbaik di dunia.

Paul Pogba

Seorang lagi yang memberi masalah kepada pasukan Perancis ialah Paul Pogba. Dia telah diketepikan daripada Piala Dunia Qatar 2022 kerana mengalami kecederaan lutut. Dia diharapkan dapat cergas sepenuhnya pada masa yang sepatutnya.bagaimana pun, kecederaan yang dia alami ketika waktu pemulihan menyebabkan dia terus tersingkir daripada kejohanan Piala Dunia di Qatar.

Ia adalah tamparan buat Paul Pogba, kariernya terjejas selepas meninggalkan Manchester United. 

Mike Maignan

Penjaga gol Perancis juga terjejas, iaitu Mike Maignan dari kelab AC Milan,kerana kecederaan betis yang dialami pada bulan Oktober.

Setelah memenangi Scudetto untuk pasukan kelabnya musim lalu, pemain yang semakin meningkat itu dilihat bakal menjadi pengganti kepada pemain nombor satu ketika ini, Hugo Lloris. Bagaimana pun, kecederaan yang dia alami menutup peluangnya untuk menyinar di Piala Dunia Qatar. 

Presnel Kimpembe

Pemain pertahanan PSG Presnel Kimpembe juga diketepikan selepas gagal mengatasi kecederaan yang berulang tepat pada masanya. Pemain pertahanan itu, yang merupakan sebahagian daripada skuad pemenang Piala Dunia 2018 yang hanya membuat 11 penampilan dalam semua pertandingan untuk PSG. Akhirnya, dia disingkirkan daripada menyertai Piala Dunia 2022. 

Christopher Nkunku

Selepas Kimpembe, Perancis kehilangan seorang lagi pemainnya, Christopher Nkunku kerana mengalami kecederaan lutut semasa latihan. Prestasi pemain itu telah berada pada tahap terbaik dengan berjaya menjaringkan 17 gol dalam 23 perlawanan. Tetapi, semua itu tidak dapat direalisasikan pada Piala Dunia kali ini. 

Pemain Perancis Yang Di ambang Kecederaan

Beberapa pemain Perancis yang lain juga masih menjadi tanda tanya besar mengenai tahap kecergasan dan ketersediaan mereka untuk menghadapi Piala Dunia. 

Karim Benzema telah terlepas sebelas perlawanan untuk kelab dan negaranya musim ini termasuk empat perlawanan terakhir untuk Real Madrid kerana masalah otot.

Terbaru, dia meninggalkan sesi latihan 15 minit sebelum tamat. Pertahanan tengah Raphael Varane dan Jules Kounde juga telah terlepas sebahagian besar musim ini bersama kelab masing-masing.

Kecederaan kepada Kante dan Pogba memberi impak besar kepada bahagian tengah Perancis, kerana kedua-duanya mempunyai peranan besar kepada pasukan itu terutama sumbangan mereka ketika Piala Dunia 2018.

Namun, Didier Deschamps masih ada pilihan seperti Eduardo Camavinga dan Aurelian Tchouameni. Alphonse Areola dan Steven Mandanda antara barisan penjaga gol pilihan yang ada untuk pasukan Perancis itu. Randal Kolo Muani antara yang boleh mengisi kekosongan Nkunku. Axel Diasi pula menggantikan Kimpembe. 


Post a Comment

Previous Post Next Post