Perlantikan Zahid sebagai TPM, perlu untuk stabilkan kerajaan Anwar - penganalisis

Presiden Umno  dalam Kabinet Anwar Ibrahim walaupun berdepan kes mahkamah pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pemerhati politik, Azizi Safar berkata, Ahmad Zahid Hamidi perlu dilantik menjadi timbalan perdana menteri kerana langkah itu boleh memuaskan hati pimpinan tertinggi Umno dan menstabilkan kerajaan.

"Jika Zahid dilantik sebagai timbalan perdana menteri, tidak akan ada lagi rasa tidak puas hati dalam kalangan Majlis Kerja Tertinggi Umno kerana presiden sudah di kedudukan nombor dua dalam kerajaan," katanya kepada MalaysiaNow. 

Zahid pernah menjawat jawatan timbalan perdana menteri kepada Najib Razak dan Umno dilihat mendesak agar presidennya dilantik sebagai timbalan perdana menteri atas dasar hierarki parti dan kerjasama politik. 

Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan berkata pelantikan ke Kabinet perlu mengikut hierarki jawatan dalam parti.

Bekas setiausaha eksekutif BN Pulau Pinang berkata, Anwar tidak wajar melantik orang lain seperti Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan yang turut disebut-sebut bakal menggalas tanggungjawab tersebut.

"Timbalan presiden Umno tiada pengalaman dalam Kabinet persekutuan, maka tidak wajar dilantik ke jawatan timbalan perdana menteri," katanya. 

Sebelum ini,  ketika Ismail Sabri Yaakob menjadi perdana menteri, berlaku ketidakstabilan dalam pentadbiran kerajaan kerana melangkaui hierarki Umno.

Ia mengakibatkan perpecahan dalaman antara “kluster mahkamah” yang diketuai Zahid dan “kluster Putrajaya” yang diketuai Ismail.

Zahid menggunakan pengaruh dan kuasa sebagai presiden Umno untuk memberi tekanan kepada Ismail berhubung beberapa keputusan kerajaan, antaranya pembubaran Parlimen.

Penganalisis politik, Jeniri Amir daripada Universiti Malaysia Sarawak berkata, perlantikan Zahid sebagai orang nombor dua kerajaan adalah perlu kerana tanpa sokongan Zahid, Anwar tidak akan menjadi perdana menteri ke-10.

"Beliau adalah persiden parti. Sewajarnya tempatnya dalam Kabinet sebagai TPM," katanya kepada MalaysiaNow.

Namun katanya, Zahid perlu berbesar hati jika tidak dilantik sebagai timbalan perdana menteri. 

"Rakyat tidak peduli menteri daripada parti mana, yang penting dia mesti berkebolehan. Tangan Anwar Ibrahim tidak harus diikat oleh tindakan parti yang mahu pemimpin mereka disertakan dalam Kabinet.

"Selagi parti dalam kerajaan menuntut macam-macam, selagi itu kita akan ada dalam lingkungan yang sama, padahal kita mahukan kabinet berkelas dunia," katanya. 

Anwar juga dijangka akan menamakan timbalannya daripada Gabungan Parti Sarawak yang mewakili



Borneo. 

Post a Comment

Previous Post Next Post