10 Destinasi Menarik di Pahang: Eksplorasi Keindahan Alam dan Budaya

Pahang adalah negeri terbesar di Semenanjung Malaysia, menyediakan pelbagai destinasi menarik yang wajib anda kunjungi bermula dari keindahan alam semula jadi, tempat bersejarah hingga ke bandar-bandar, Pahang mempunyai sesuatu untuk setiap pengembara yang hadir ke negeri ini. Berikut adalah 10 destinasi yang wajib anda kunjungi di Pahang:

1. Cameron Highlands



Siapa yang tidak kenal Cameron Highlands? Setiap kali cuti sekolah, pasti ramai yang akan berpusu-pusu ke sini untuk menikmati suasana sejuk dan udara segar. Walaupun Cameron Highlands jauh daripada bandar besar, berkunjung ke sini tidak akan mengecewakan anda kerana di samping menikmati keindahan alam semula jadi, di sini terdapat banyak lokasi yang memudahkan perjalanan dan percutian anda seperti wujudnya pelbagai kedai-kedai, pusat membeli-belah, pelbagai pilihan penginapan, bandar dan pekan kecil. 

Ada banyak lokasi menarik untuk memenuhi aktivti harian anda seperti melawat ladang teh, menikmati pemandangan bukit-bukit hijau, dan meneroka pasar malam yang meriah dengan pelbagai pilihan makanan. Jangan lupa mencuba strawberi segar dan produk berasaskan teh yang unik ya!

Bukit Tinggi



Jika anda suka dengan suasana seperti di Eropah, Bukit Tinggi adalah destinasi yang seterusnya. Di sini anda disediakan dengan persekitaran yang tenang dan cantik. Anda juga boleh mengunjungi Colmar Tropicale, sebuah perkampungan Perancis tiruan, dan merasai suasana seperti sedang berada di luar negara. Selain itu, Taman Jepun juga menyediakan ketenangan bagi mereka yang inginkan suasana tenang dan damai.

3. Taman Negara

Foto: sensesawaken via Tripadvisor


Sebagai salah satu hutan hujan tertua di dunia, Taman Negara adalah syurga bagi penggemar alam semula jadi. Nikmati pengalaman mendaki Gunung Tahan, melawat kampung Orang Asli, atau mengembara di canopy walkway yang terkenal. Keindahan dan keunikan ekosistem di sini adalah sesuatu yang tidak boleh dilepaskan.

4. Pulau Tioman

Foto: Ferrazo via commons wikimedia

Pulau Tioman mempunyai keadaan pantai yang bersih dan air laut yang jernih. Salah satu destinasi utama bagi mereka yang suka bersantai atau melakukan aktiviti selam skuba. Jika ke pulau ini, nikmati suasana tropika dan keindahan terumbu karang yang sangat cantik yang terkenal di pulau ini.

5. Tasik Chini

Foto: Biberbaer via commons wikimedia

Jauh di di tengah-tengah hutan Pahang, terdapat sebuah tasik yang dipanggil Tasik Chini. Tasik Chini mempunyai pemandangan cantik dan boleh melihat budaya Orang Asli tempatan. Anda boleh menikmati aktiviti seperti menaiki bot di tasik, memerhati flora dan fauna, serta mendengar cerita legenda Naga Tasik Chini yang terkenal. Tempat ini adalah destinasi yang ideal untuk mereka yang ingin mencari ketenangan dan ingin merasai keindahan alam semula jadi serta jauh daripada kesibukan bandar.

6. Jerantut

Foto: FB Taman Warisan Gua Kota Gelanggi

Walaupun Jerantut merupakan sebuah Bandar Kecil dan agak jauh. Namun, Jerantut merupakan pintu masuk ke Taman Negara, Jerantut. Jerantut bukan sahaja pekan kecil yang mungkin menyukarkan para pelancong yang hendak menginap di sana tetapi sebuan bandar agak besar yang berkembang dengan menyediakan pelbagai kemudahan. 

Selain kedai-kedai, di sini juga terdapat banyak pilihan hotel budget, sistem pengangkutan, stesen kereta api KTM, pasar raya dan sebagainya. Di sini, anda berpeluang menikmati hidangan tempatan sambil mendalami kehidupan seharian penduduk tempatan. 

Jerantut juga menjadi titik permulaan untuk berkunjung ke lokasi-lokasi menarik seperti Gua Kota Gelanggi serta beberapa gua lain yang dibuka kepada umum dan taman negara. Selain itu, anda juga boleh melawat Perkampungan Orang Asli, menikmati keindahan Air Terjun Lata Meraung, serta meneroka Gunung Benum dan Gunung Tahan yang mempesonakan.

7. Bukit Fraser

Foto: Amor via tripadvisor

Antara lokasi yang tidak selalu orang perkatakan ialah Bukit Fraser atau Fraser's Hill. Bukit Fraser mempunyai suasana yang tenang dan iklim yang sejuk, adalah destinasi alternatif yang boleh dikunjungi selain Cameron Highlands untuk mencari ketenangan dan menikmati udara kesegaran udara. Anda boleh melakukan aktiviti seperti memerhati burung, berbasikal, dan bersiar-siar di sekitar kawasan ini.

8. Pantai Cherating


Pantai Cherating adalah tempat yang ideal untuk bersantai sambil menikmati pemandangan pantai. Dengan suasana yang santai dan pelbagai pilihan penginapan, Cherating adalah destinasi yang sesuai untuk percutian keluarga atau pasangan di samping mencuba makanan-makanan tempatan di sekitarnya.

9. Kuala Lipis

Sebagai bekas ibu negeri Pahang, Kuala Lipis mempunyai nilai sejarah yang sangat penting. Anda boleh melawat bangunan-bangunan kolonial British yang masih kekal hingga ke hari ini, serta menikmati dan memahami budaya dan gaya hidup penduduk tempatan. Antara lokasi pelancongan terdekat yang berada di Kuala Lipis ialah Kenong Rimba Park. 

Foto: FB Kenong Rimba Park


10. Janda Baik

Foto: Martin B via Tripadvisor


Terletak berhampiran dengan Kuala Lumpur, Janda Baik adalah destinasi yang sangat cantik untuk dikunjungi. Dengan udara yang segar dan suasana yang aman damai, Janda Baik adalah tempat yang sesuai untuk beristirehat dan menjauhkan diri dari kesibukan bandar sambil menikmati keindahan suasana persekitaran alam semula jadi. Di sini juga anda boleh melihat rekabentuk struktur bangunan yang unik dan menarik. 

Banyak Pilihan

Pahang sebenarnya terdapat banyak pilihan lokasi menarik yang boleh anda lawati. Selain di atas, anda boleh ke Pantai Teluk Cempedak, Pekan, Genting Highlands dan banyak lagi. Ada pelbagai destinasi menarik yang menjanjikan pengalaman berharga dan memuaskan untuk setiap pengunjung yang hadir. Sebagai contoh, Safari Gambang atau Bukit Gambang Safari Park untuk anda yang suka melihat haiwan-haiwan dan haiwan comel bersama keluarga.

Jangan lepaskan peluang untuk datang meneroka negeri ini! 

Post a Comment

Previous Post Next Post