Foto - FB Dato' Seri Saarani |
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pembukaan kilang solar dari China telah mewujudkan sekitar 200 peluang pekerjaan dalam suku pertama tahun ini setakat ini.
Beliau berharap akan ada lebih banyak peluang pekerjaan akan dibuka untuk pembangunan fasa berikutnya bagi memacu kemajuan negeri itu.
Sinoport Everthriving Malaysia Sdn. Bhd. adalah di bawah Zhejiang Sinoport Technology Co Ltd dari China, terdiri daripada kakitangan hampir 100% warga tempatan menghasilkan filem pengkapsulan solar suria merupakan pencapaian penting bagi sektor pelaburan di Perak.
Menurutnya, kilang itu akan mempunyai kapasiti untuk menghasilkan enkapsulan solar sehingga 85 juta persegi bagi menampung permintaan 10 gigawatt (GW).
Katanya lagi, tumpuan negeri itu terhadap penghasilan kapsul solar menunjukkan komitmen yang tinggi negeri itu terhadap tenaga hijau dan pembangunan lestari.
"Ia sejajar dengan visi kerajaan negeri untuk mewujudkan hab teknologi hab teknologi hijau dan inovasi di bawah pelan Perak Sejahtera 2030," katanya, dipetik daripada The Star Online.
Beliau juga berkata, kerjasama antara Sinoport dan Kerajaan Perak adalah langkah yang bukan sahaja untuk pembangunan dari aspek ekonomi malah, menekankan pembangunan komuniti, kemakmuran, kelestarian dan membentuk masa depan yang baik kepada negeri itu.
Ia juga bukti bahawa Perak adalah negeri yang baik dan strategik sebagai destinasi pelaburan global.
Post a Comment