Foto - FMT |
Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim telah hadir ke Institut Jantung Negara (IJN) tengah hari tadi untuk melawat Presiden PAS, TG Haji Hadi Awang dan bekas pembantunya, Ziauddin Sardar selepas menunaikan solat Jumaat.
Bagaimana pun, beliau tidak dapat bertemu dengan Presiden PAS itu kerana sedang berehat selepas menjalani prosedur dan stabil sambil mendoakan kesembuhan dan dapat meneruskan tugas secepatnya.
TG Haji hadi telah dimasukkan ke IJN beberapa kali kebelakangan ini dan Julai lalu beliau dimasukkan ke Hospital di Kuala Terengganu. Menurut anak lelakinya, kesihatan Presiden PAS itu mengalami kemerosotan dan meminta orang ramai mendoakan kesihatan bapanya.
Menurut anaknya, Khalil berkata buat masa ini bapanya tidak menerimamana-mana pelawat dan akan dibenarkan pulang tidak lama lagi. - FMT
Post a Comment