Piala Asia Qatar 2023: Jepun menang 4-2 ke atas Vietnam

 

Foto - FB AFC Asian Cup

Takumi Minamino menunjukkan taringnya apabila menjaringkan 2 gol untuk membantu pasukan negaranya menang 4-2 ke atas Vietnam di Stadium Al Thumama, Qatar. 

Sebagai pasukan gergasi Asia, Jepun tidak menunggu lama apabila Minamino berjaya menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke-11 selepas merembat kencang bola tepisan kaki penjaga gol Vietnam. 

Pada minit ke-15, Vietnam mengejutkan Jepun apabila sepakan penjuru Do Hung Dung ditanduk cantik oleh penyerang Nguyen Dinh Bac. 

17 minit selepas gol penyamaan, Vietnam sekali lagi mengejutkan Jepun apabila sepakan percuma yang ditanduk pemain Vietnam gagal ditampan kemas Zion Suzuki seterusnya Pham Tuan Hai yang tidak dikawal mudah menolak masuk bola ke gawang Jepun. 

Sebelum separuh masa pertama tamat, Jepun kembali menggunakan tenaga sebenar mereka apabila Minamino mudah melepasi pertahanan Vietnam hasil lorongan Wataru Endo dan  melepaskan rembatan bersahaja ke gawang Vietnam untuk gol penyamaan pada minit ke-44.

6 minit masa kecederaan yang diberikan pengadil pada separuh masa kedua dimanfaatkan sepenuhnya Jepun apabila Keito Nakamuran membuat rembatan lencong cantik dari sebelah kiri menewaskan penjaga gol Vietnam. 

Pada separuh masa kedua, Jepun lebih banyak menguasai permainan dengan beberapa percubaan berbahaya ke gawang Vietnam namun gagal menembusi gawang Vietnam. 

Jepun yang dilihat tidak beraksi 100% akhirnya menambah jaringan pada minit k-84 melalui satu gerakan pantas dan Ayase Ueda yang menerima bola umpanan Takefusa Kubo bijak menggunakan peluang menjaringkan gol ke-4 pada minit ke-85. 

Keputusan penuh, Jepun menang 4-2 dan akan bertemu dengan pasukan Iraq pada hari Jumaat, 19 Januari untuk perlawanan kedua. Vietnam pula akan bertemu Indonesia pada hari yang sama. 

Sebelum itu, hari ini 15 Januari, Iraq akan bertemu dengan Indonesia untuk perlawanan pertama mereka bagi Kumpulan D. 

Perlawanan Malaysia bertemu Jordan akan berlangsung pada hari Selasa 16 Januari 2024. Manakala, Korea Selatan dan Bahrain berlangsung hari ini jam 7.30 petang. 

- Asian Cup 2023

Post a Comment

Previous Post Next Post