Gempa bumi: Angka kematian di Noto meningkat kepada 64 orang

 

Foto - Japan News

Dilaporkan bahawa angka kematian akibat gempa bumi kuat berukuran 7.6 magnitud yang melanda Semenanjung Noto pada Isnin baru-baru ini meningkat kepada 64 orang, setakat pagi Rabu. 31 orang dicatatkan di daerah Wajiman, 22 di Suzu, 5 orang di Nanao, 2 di Anamizu dan 1 orang masing-masing di hakui dan Shika, lapor Japan News.

Setakat sekitar 10.54 pagi Rabu waktu tempatan, satu gempa berukuran 5.5 magnitud telah direkodkan di Semenanjung Noto pada kedalaman 10 kilometer (km). Namun, menurutnya, tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Agensi Meteorologi Jepun (JMA) terus memberi amaran gegaran susulan kuat yang mungkin berlaku pada minggu seterusnya terutamanya dalam tempoh terdekat ini. 

Post a Comment

Previous Post Next Post