Zayn Rayyan: Setor jadi tumpuan Polis cari bukti baru

 

Foto - Bernama

Anggota Unit Forensik PDRM dilihat berada di dalam setor bersama dua anjing Unit Pengesan (K9) untuk mengesan bukti baharu kes bunuh adik Zayn Rayyan. 

Setor yang terletak kira-kira 50 meter dari Blok R, Apartment Damansara Damai itu menjadi tumpuan pihak polis dan telah melakukan pemeriksaan di situ hampir 4 jam. 

Dua ekor anjing pengesan, Gucci dan Ricks dibawa masuk setor yang dipercayai menyimpan motosikal, kerusi plastik dan barangan kanopi. 

Selepas itu, seekor daripadanya dibawa masuk ke Blok R untuk mengesan beberapa unit apartment berkenaan. 

Pemilik Setor berkata, setor itu sentiasa dikunci dan hanya dibuka untuk mengeluarkan motosikal bagi kegunaan harian ahli keluarganya.

Dia memberitahu bahawa selepas satu jam anjing pengesan dibawa masuk, polis membenarkan setor dikunci semula. Namun, pihak polis kemudian menghubunginya semula untuk menyambung kerja-kerja penyiasatan. 

Polis dilhat meninggalkan lokasi kira-kira jam 2.15 petang.

Sebelumnya, dua ekor anjing pengesan (K9) dilaporkan telah dibawa ke lokasi penemuan mayat Zayn Rayyan di anak sungai berdekatan dengan Blok R, Aprtment Idaman. - BERNAMA

Post a Comment

Previous Post Next Post