Foto - CBS News |
Mesir melalui Pihak Berkuasa Pilihan raya Kebangsaan Mesir (NEA) mengumumkan bahawa penyandang Presiden, Abdel Fattah el-Sisi menang pilihan raya presiden 2024 dengan meraih sekitar 40 juta atau 89.6 peratus undi.
Pengerusi NEA berkata, hampir 44.8 juta daripada 67 juta rakyat di dalam dan luar negara mengundi dalam pilihan raya kali ini.
Peratusan keluar mengundi ialah 66.8 peratus yang juga peratusan tertinggi dalam sejarah Mesir.
Menurut laporan itu, Hazem Omar dari parti Rakyat Republikan meraih 4.5 peratus undi diikuti Farid Zahran dari Parti Sosial Demokrat dan Abdel Sanad Yamama dari parti Al-Wafd.
El-Sisi dalam ucapannya berkata, memilihnya sebagai pemimpin negara adalah tanggungjawab yang akan galas dengan setia.
Katanya lagi, Mesir bergelut dengan pelbagai cabaran di semua peringkat dengan konflik di Gaza antara cabaran utama yang mengancam keselamatan Mesir.
Menurutnya, Mesir memiliki keupayaan ketenteraan dan ekonomi untuk mengekalkan keselamatan negara dan kepentingan rakyat.
Untuk makluman, pengundian telah berlangsung dari 10 hingga 12 Disember di Mesir. Manakala rakyat yang berada di luar negara mengundi pada 1 hingga 3 Disember di 121 buah negara. - BERNAMA
Post a Comment