eMadani: Kementerian akan selesai permohonan yang ditolak

Imej - Setel
 

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, Kementerian Kewangan akan selesaikan permohonan eMadani yang ditolak.

"Saya cuba dapatkan lebih banyak maklumat dan akan cuba tengok dan selesaikannya," katanya.

Menurutnya, ramai individu sudah mendapatkan bantuan kredit eMADANI sebanyak RM100 sejak dilancarkan namun, masih terdapat permohonan yang ditolak walaupun layak. Katanya, kerajaan akan meneliti perkara tersebut.

Mengenai perlantikannya sebagai Timbalan Menteri Kewangan yang baharu, Ahli Parlimen Tanjong itu berkata, beliau terima krtitikan dan akan terus berusaha berkhidmat untuk rakyat. 

"Saya terima dengan hati terbuka apa sahaja komen kerana saya bukan sempurna..setiap orang ada kelemahan, kekurangan dan kelebihan. Saya hanya boleh berjanji akan bekerja sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik buat rakyat Malaysia dan Pulau Pinang," katanya yang sebelum ini pernah memegang jawatan Timbalan Menteri Pendidikan. - BERNAMA

Belum pernah guna setel? 

Gunakan Setel sebagai teman tetap anda di jalan raya. Sertai Setel dengan kod rujukan saya dan kita berdua akan menikmati RM7 selepas anda membelanjakan RM30 dengan Setel (tidak termasuk DuitNow QR).

Kod rujukan saya: n668

Daftar Setel sekarang !


























Post a Comment

Previous Post Next Post