Covid-19: Tiada arahan wajib ambil dos penggalak - Fahmi

 

Foto - tirachardz

Susulan kes Covid-19 yang meningkat, Menteri Komunikasi berkata, tiada arahan dikeluarkan untuk mewajibkan rakyat Malaysia menganmbil vaksin dos penggalak. 

Katanya, pengambilan dos penggalak ketiga hanya diberi keutamaan kepada golongan rentan dan berisiko tinggi. 

"Ini sedikit salah faham yangberlaku akibat media sosial, sebelum kita sebar maklumat, tolong pastikan kandungan sebenar, kadang-kadang antara tajuk dan isi kandungan dia agak berbeza, dan saya sarankan supaya kita teliti dahulu (kandungan)," katanya.

Beliau akan menyarankan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad untuk bertemu dengan pihak media bagi menjelaskan perkara tersebut. - BERNAMA


Post a Comment

Previous Post Next Post