Saya tak halang atau letak syarat ketat beri peruntukan - DS Anwar

 

Foto - BERNAMA

DS Anwar berkata beliau tidak pernah menghalang atau meletakkan syarat yang ketat dalam soal pemberian peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang dan mahu peraturan dihormati dengan melakukan rundingan bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Fadillah Yusoff berkenaan dengan peruntukan pembangunan kawasan seperti kebiasaan.

"..runding dulu, saya tidak pernah meletakkan syarat atau prasyarat untuk menyokong Perdana Menteri..tak perlu ada syarat menyokong Perdana Menteri.

"Ada beberapa peraturan (rundingan soal peruntukan dengan kerajaan) yang dilakukan dalam mesyuarat yang lalu (ketika Pakatan Harapan menjadi pembangkang).

"Saya kadang-kadang aneh, wakil (kerajaan terdahulu) yang berundingan dulu kini di sebelah sana (pembangkang).. dia tahu prosesnya berapa kali berunding, tapi sekarang macam tak tahu langsung," katanya di Dewan Rakyat.

Bagi menjawab soalan tambahan Datuk Shahidan Kassim (PN-Arau) tentang peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang yang belum muktamad, Perdana Menteri berkata setakat ini tiada lagi rundingan secara rasmi dibuat oleh wakil pembangkang berkenaan dengan pruntukan itu. 

"Justeru saya tegaskan YB Arau, soal peruntukan tak usah dipanjangkan..rundingan dengan baik dan selesaikan, tiada syarat ketat.

"Saya dengar kempen-kempen (pembangkang) maki hamun saya (tuduh) Perdana Menteri tak guna, minta sokong baru beri peruntukan..saya tak pernah sebut begitu," katanya lagi.

Beliau berkata, tidak munasabah jika pembangkang enggan mengadakan rundingan sedangkan mereka sendiri mahukan adanya semangat kerajaan pembangkang yang demokrasi. - BERNAMA

Post a Comment

Previous Post Next Post