PM Desak Genjatan Senjata
DS Anwar ketika mesyuarat tergempar Organisation of Islamic Cooperation (OIC) yang diadakan di Riyadh, Arab Saudi menggesa supaya negara anggota OIC mendesak pelaksanaan genjatan senjata dan menyegerakan bantuan kemanusiaan rakyat Palestin.
"Saya menyeru setiap daripada kita untuk menggunakan saluran dan rangkaian diplomatik secara strategik dalam setiap dialog dan setiap peringkat dua hala atau pelbagai hala, serantau atau antarabangsa. Marilah kita secara konsisten dan tegas menyeru perkara berikut dalam kempen diplomatik bersama."
"Adalah penting untuk kita satukan suara supaya mesej ini berada pada peluang lebih besar untuk bergema dan didengari."
Penyingkiran Paksa Rakyat Palestin Mesti Dihentikan
DS Anwar turut berkata bahawa lebih sebulan penduduk Palestin telah terkepung dan telah menjadi mangsa pembunuhan beramai-ramai oleh Israel tanpa belas.
"Selama lebih sebulan penduduk Gaza yang terkepung dan mengalami kekejaman serta pembunuhan beramai-ramai oleh tentera Israel yang menyasarkan lelaki, wanita dan kanak-kanak. Tiada kediaman, hospital atau pun rumah ibadah sama ada Islam atau Kristian, selamat daripada serangan yang dilakukan secara sembarangan oleh Israel. Ini politik rampasan kuasa yang berterusan."
Pembunuhan dan rampasan hak Palestin telah dilakukan secara terang-terangan yang dapat disaksikan oleh seluruh dunia.
"Ironinya, kesemua ibu negara ini yang memperjuang kebebasan bersuara dan menganggap hak asasi manusia sebagai hak yang tidak boleh diganggu-gugat sesetengah pihak berkuasa telah mengecam pihak yang menyokong perjuangan Palestin serta menyifatkan mereka sebagai penyebar ucapan berbaur kebencian dan menyokong keganasan. Ini adalah dwistandard songsang," katanya.
DS Anwar juga memuji Kerajaan Arab Saudi kerana memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada perjuangan Palestin dan kecaman Arab Saudi terhadap penjajahan serta kekejaman oleh Israel di Gaza dan Tebing Barat.
DS Anwar juga megadakan telah pertemuan dengan pemimpin Pakistan dan Iran bagi membincangkan peperangan di Palestin.
DS Anwar turut sempat mengerjakan ibadah umrah bersama Isterinya di Tanah Suci Mekkah dari Riyadh. Perdana Menteri juga akan berlepas ke San Francisco, Amerika Syarikat untuk menghadiri minggu pemimpin ekonomi APEC 2023.
Post a Comment