Palestin: DS Anwar seru selamatkan Gaza di APEC 2023, Amerika Syarikat

 

Foto - BERNAMA

DS Anwar Ibrahim yang hadir ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC 2023 ke-30 menyampaikan mesej pendirian Malaysia yang mengutuk sekeras-kerasnya pengeboman orang awam, tempat tinggal dan kemudahan lain seperti hospital yang telah menyebabkan jumlah kematian meningkat sekitar 12,000 orang.

"Setiap saat amat penting, dan setiap detik apabila suara oleh pemimpin dunia untuk menghentikan pengeboman berterusan begitu lewat, ia bermakna lebih ramai bayi akan menjadi mangsa," katanya.

"Secara keseluruhannya, saya gembira kerana ia (pendirian ekonomi berkenaan) pendirian yang penting. Kami bukan pejuang atau ingin berseteru, tetapi kami mengambil pendirian sebagai sahabat.

"Saya tidak menggunakan forum ini untuk mengutuk, tetapi lebih kepada merayu untuk menghentikan kekejaman yang berlaku di Gaza," katanya lagi.

Selain Malaysia, Indonesia dan Brunei juga turut menyentuh konflik di Palestin yang disampaikan secara berasingan.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut menyentuh soal pembangunan ekonomi dengan berpendapat APEC perlu kekal sebagai platform bagi membincangkan tentang perkara itu. Selain itu, persaingan antara China dan Amerika tidak seharusnya menjadikan negara-negara kecil yang sedang membangun didesak untuk memihak kepada satu pihak sahaja. 

Katanya, Amerika telah menjadi pelabur utama di Malaysia sejak dulu, dan akan memastikan hubungan ini terus terjalin sambil meningkatkan pelaburan mereka dengan China.

Malaysia dan 13 lagi anggota telah menandatangani perjanjian Rangka Kerja Ekonomu Indo-Pasifik (IPEF) menandakan kemasukan pakatan perdagangan yang diketuai Amerika Syarikat. 13 anggota itu ialah Australia, Brunei, Fiki, India, Indonesia, Jepun, New Zealand, Filipina, Singapura, Korea Selatan, Thailand, Amerika Syarikat dan Vietnam.

IPEF mengandungi 4 tunggak utama iaitu, Perdagangan, Rantaian Bekalan, Tenaga Bersih dan Ekonomi Adil yang akan menyaksikan empat perjanjian berasingan. 

Menurut Perdana Menteri, bahawa penyertaan Malaysia dalam IPEF mempamerkan komitmennya terhadap integrasi dan kerjasama ekonomi serantau.

DS Anwar juga telah melakukan petemuan dengan  syarikat-syarikat besar antaranya Google, Microsoft dan Tiktok. Selain itu, mengadakan perjumpaan dengan ahli perniagaan Islam dan pakar teknologi di San Francisco yang menyatakan minat terhadap pelaburan di Malaysia. 

DS Anwar turut mengadakan perbincangan dengan Vietnam. Antara yang dibincangkan ialah hal berkaitan dengan Laut China Selatan dan bekerjasama menangani masalah penangkapan ikan di perairan Malaysia. 

Perdana Menteri juga mengadakan pertemuan dengan Peru yang menyentuh soal persijilan halal Malaysia dengan membuka pejabatnya di Peru. Dalam pertemuan itu, Perdana Menteri bersetuju akan memudahkan permintaan Peru. 

Malaysia juga mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau yang membincangkan hal perdagangan dan pelaburan serta menyentuh konflik di Palestin. - BERNAMA




Post a Comment

Previous Post Next Post