Foto - FAM FB |
Jaringan Darren Lok pada minit ke-72 telah berjaya memastikan skuad Harimau Malaya pulang membawa 3 mata sekaligus meletakkan pasukan Malaysia di kedudukan teratas Kumpulan D dengan 6 mata.
Kemenangan 1-0 ke atas Chinese Taipei atau Taiwan di Stadium Perbandaran Taipei malam tadi sudah cukup melegakan peminat selepas beberapa percubaan dan peluang gagal disempurnakan dengan baik.
Keadaan padang yang tidak begitu baik mungkin menjadi salah satu punca beberapa hantaran dan gerakan pasukan Malaysia dan Chinese Taipei terjejas semasa perlawanan."
Pada minit ke-43 separuh masa pertama, Faisal Halim nyaris memberikan gol pertama apabila bola umpanan Arif Aiman hanya terkena tiang gol Taiwan.
Namun begitu, pada separuh masa kedua Malaysia berjaya mengawal permainan dan hasilnya pada minit ke-72, Darren Lok, yang baru masuk merembat kemas ke gawang lawan selepas berlaku pergelutan di depan pintu gol Taiwan.
Taiwan yang tersentap dengan jaringan Malaysia, mula mengatur permainan dengan beberapa gerakan, namun berjaya dipatahkan pemain pertahanan Malaysia sehinggalah wisel penamat dibunyikan.
Foto - FAM FB |
Malaysia ketika ini berada di kedudukan teratas selepas Oman tewas kepada Kyrgyzstan 1-0. Malaysia akan bertemu Oman untuk aksi Kumpulan D seterusnya pada 21 Mac 2024.
Post a Comment