Kim Pan Gon hanya mahu menang

 

Foto - Awani

Selepas menang ke atas Kyrgyzstan 4-3, kemenangan ke atas pasukan Chinese Taipei hari ini akan mencerahkan lagi peluang skuad Harimau Malaya untuk melayakkan diri ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027.

Menurut jurulatih Malaysia, dia hanya menerima keputusan 'menang' dan menyatakan bahawa selepas keputusan yang baik di tempat sendiri, perlawanan menentang Chinese Taipei adalah penting. Tambahan pula, Chinese Taipei atau Taiwan agak kuat di gelanggang sendiri.

"Kami menghormati sepenuhnya pasukan dan rekod sebelum ini namun, kami juga perlu mencipta ejarah baharu. Kami akan bermain denganrasa hormat untuk meraih kemenangan buat Malaysia..esok akan menjadi pertarungan besar bagi kami untuk mendapatkan tiga mata, namun kami tidak akan berundur," katanya.

Kim Pan Gon agak yakin dengan perlawanan ini berdasarkan kepada maklumat yang diberikan oleh jurulatih analisis, Lim Jaehun. Antaranya ada beberapa pemain yang bermain di China dan sangat berpengalaman selain sentiasa berdisiplin, bekerja keras dan mempunyai fizikal yang baik. 

Taiwan yang tewas kepada Oman 3-0 bukanlah pasukan yang boleh dianggap ringan kerana pasukan itu mempunyai rekod belum tewas di laman sendiri. - Bernama



Post a Comment

Previous Post Next Post