Banjir: Pusat pemindahan kekal bencana akan diwujudkan - PM

 

Foto -BERNAMA

Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim berkata, pusat pemindahan kekal bencana (PPKB) akan diwujudkan di setiap negeri dengan projek itu akan dimulakan di sembilan negeri.

Menurut Perdana Menteri, pembinaan projek itu akan melibatkan kos sekitar RM5 juta bagi setiap pusat dan akan menjadi kemudahan tempat perlindungan mangsa banjir yang lebih baik berbanding pusat pemindahan sementara.

"Kita hadapi banjir setiap tahun, tak munasabah hanya jadikan PPS sahaja, sebab itu kerajaan putuskan untuk segera ditubuhkan PPKB.

Menurutnya, pusat itu mungkin juga boleh menjadi pusat akyiviti komuniti ketika bukan musim banjir tetatpi dengan satu persiapan (hadapi banjir) agar ia lebih baik," katanya di Dewan Rakyat bagi menjawab pertanyaan penambah baikan kemudahan PPS seluruh negara.

DS Anwar turut berkata, RM241 juta peruntukan awal telah disalurkan untuk kegunaan 164 daerah sebagai persediaan kerajaan dalam pengurusan bencana banjir dan musim monsun Timur Laut.

Katanya, persiapan prabencana juga ditingkatkan melalui pengurusan risiko bencana berasaskan komuniti. 

"Kerja-kerja penyelenggaraan telah dilakukan selain aktifkan bilik awalan operasi puat ramalan dan amaran banjir yang beroperasi 24jam. Kita juga tempatkan 737 pam bergerak di semua lokasi hotspot banjir seluruh negara serta menaik taraf stesen siren amaran banjir dan stesen kamera web," katanya.

Perdana Menteri juga memaklumkan bahawa seramai 66,169 orang pegawai dan anggota kerajaan di semua peringkat telah bersiap sedia dengan sokongan 25,440 unit pelbagai aset.

JKM juga telah bersedia mengaktifkan lebih 8000 PPS untuk menempatkan sekitar 1.6 juta mangsa banir seluruh negara.

Menurutnya lagi, persiapan yang lebih penting dalam menghadapi banjir ialah memastikan projek tabatan banjir dilaksanakan segera di seluruh negara. Begitu juga dengan peruntukan khas kepada kawasan yang sering  menghadapi banjir teruk seperti di Kelantan termasuk perbincangan pembangunan lembangan sungai bersepadu Sungai Kelantan Fasa Dua dan Rancangan tebatan banjir Kota Bharu yang akan dimulakan dalam masa terdekat.

Pertemuan beliau dengan Perdana Menteri Thailand juga bersetuju untuk menyegerakan pembinaan jambatan dan penyelenggaraan Sungai Golok ke Rantau Panjang untuk mengurangkan tekanan banjir. 

- BERNAMA

Post a Comment

Previous Post Next Post