Banjir: Mangsa di Kelantan meningkat, Teregganu turun, Selangor Kekal setakat pagi tadi

 

Foto - Bernama

Keadaan banjir di Kelantan mencatatkan jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada 718 orang berbanding 709 orang sebelumnya.

Menurut laporan, jumlah mangsa itu terdiri daripada 204 buah keluarga yang melibatkan jajahan Pasir Mas iaitu 232 orang dari 79 keluarga di PPS SK Tok Deh. Manakala di PPS Kedai Tanjong sramai 65 orang direkodkan. 

Selain Pasir Mas, Bachok juga mencatatkan seramai 67 orang daripada 16 keluarga yang dipindahkan ke PPS SMK Beris Panchor dan sebanyak 354 orang di SK Jelawat yang terdiri daripada 90 keluarga.

Keadaan di Terengganu pula berbeza dengan keadaan banjir dilaporkan semakin pulih. Setakat 8 pagi seramai 225 orang dari 49 keluarga ditempatkan di 5 PPS di 4 daerah.

Paras sungai juga dilaporkan berada dalam keadaan normal kecuali di Parit Utama Padang Kemunting, Kuala Nerus iaitu tahap waspada. Sungai Tumpat Kg Baru Kemasik di tahap amaran.

Banjir di Selangor pula tiada perubahan dengan 83 orang dari 29 keluarga masih ditempatkan di 2 PPS iaitu PPS Rantau Panjang dan SK Sultan Abdul Aziz.

Sungai Bernam di Kg Sungai Selisek, Jambatan SKC dan Sungai Selangor Rantau Panjang menunjukkan penurunan. Sungai Langat di JPS dan Sungai Manggis di Kuala Langat dilaporkan menunjukkan trend menaik. - BERNAMA


Post a Comment

Previous Post Next Post