Sumber imej |
Dipetik Sinar Harian, nahas pesawat peribadi yang terhempas di Bandar Elmina yang mengorbankan 10 orang telah menimbulkan tanda tanya kerana ia berlaku secara mendadak manakala pesawat tiba-tiba terjunam ke bumi.
Menurut bekas Ketua Juruterbang Malaysia Airlines (MAS), Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain, pesawat tersebut mungkin hilang kawalan antara 1,500 kaki hingga 3,000 kaki sebelum mendarat.
Katanya, pada altitud berkenaan, juruterbang sukar melakukan sebarang tindakan drastik ekoran pesawat yang terbang turun dari aras tinggi mencecah kelajuan 3,000 kaki seminit dan 700 kaki seminit semasa mendarat.
“Juruterbang mungkin tiada masa untuk menilai apa yang terjadi dan membuat pergerakan yang sepatutnya kerana masa amat singkat dan terkejut,” katanya kepada Sinar Harian.
Jika pesawat kehabisan minyak, ia sepatutnya tidak timbul dan ini boleh disahkan dari log di Langkawi. Letupan dan kebakaran berlaku selepas pesawat terhempas, bermakna ia masih mempunyai bahan bakar mencukupi untuk mendarat.
Perubahan angin berlaku secara tiba-tiba juga tidak boleh diterima kerana cuaca dilaporkan baik dengan jarak penglihatan sehingga 10 kilometer.
Penemuan alat perakam suara kokpit (CVR) boleh membantu pihak berkuasa untuk merungkai punca nahas tersebut tetapi itu belum cukup kerana tidak mampu menerangkan punca sebenar kejadian namun ia membantu memberi pencerahan.“Contohnya kalau juruterbang tertidur atau pengsan, dia tidak bercakap (tetapi) alat perakam pesawat mampu memberi maklumat (apa yang berlaku),” katanya.
Post a Comment