Nahas Kapal Terbang: 10 orang maut dalam tragedi di Elmina, Sungai Buloh

Sumber imej

Sepuluh orang, termasuk lapan daripadanya berada di dalam pesawat ringan, maut selepas kapal terbang itu terhempas di bandar Elmina, Sungai Buloh, Selangor. Lapor The Star.

Salah seorang mangsa yang terlibat dalam nahas itu ialah wakil rakyat DUN Pelangai dan ahli exco Pahang, Datuk Seri Johari Harun, ketika dalam perjalanan dari Langkawi ke Lapangan Terbang Subang.

Mangsa lain yang telah terbabit ialah juruterbang Shahrul Kamal Roslan dan Heikal Aras Abdul Azim, penumpang Kharil Azwan Jamaludin, Shaharul Amir Omar, Mohamad Naim Fawwaz Mohamed Muaidi, Muhammad Taufiq Mohd Zaki dan Idris Abdol Talib @ Ramali.

Dalam kejadian itu juga turut melibatkan seorang pemandu dan seorang penunggang motosikal yang kebetulan berada berkedakatan dengan lokasi nahas. 

Menurut Ketua Polis Selangor, Komisioner Datuk Hussein Omar Khankejadian berlaku kira-kira jam 2.40 petang semalam.

“Pesawat yang berlepas dari Langkawi telah mendapat kelulusan untuk mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang tetapi hilang komunikasi dengan menara kawalan. Pesawat itu terhempas ke jalan raya di sini dan merempuh sebuah kereta dan motosikal.

“Berdasarkan pemeriksaan kami, sekurang-kurangnya dua anggota krew dan enam penumpang berada di dalam penerbangan itu. Mereka semua mati di tempat kejadian,” katanya. 

“Kami belum dapat menentukan adakah terdapat lebih ramai orang di dalam kereta.”

Beberapa video rakaman nahas juga telah banyak tersebar di media sosial melalui rakaman kamera dashcam.

Berdasarkan kepada video klip yang tersebar tersebut, menunjukkan sebuah pesawat sedang menjunam dari atas dengan kelajuan yang sangat tinggi. Pesawat tersebut terus menghentam tanah sebelum meletup. 

Rakaman nahas kapal terbang itu berjaya dirakam dari pelbagai sudut hadapan dan belakang kenderaan serta CCTV. 

Elmina terletak di dalam daerah Sungai Buloh, Selangor merupakan sebuah bandar yang baru yang dimajukan oleh Sime Darby Property Berhad.

Lokasi kemalangan ini terletak berhampiran dengan Taman Pusat Elmina, yang popular di kalangan penduduk tempatan untuk beriadah.

Sebelum ini, Elmina pernah menggemparkan penduduk dengan kehadiran ular sawa bersaiz besar ditemui berhampiran kawsan perumahan yang sedang memanjat bukit, berjaya dirakamkan dan tular di media sosial.



Post a Comment

Previous Post Next Post